salam. aku nak bagitau. jika korang terlibat dengan kemalangan, hati2 dengan towing car/call man tu.
minggu lepas aku terlibat dengan kemalangan di seri kembangan, kereta aku baru lagi, ada warranty 5tahun.
semasa kemalangan tu, aku panik. tak tau nak buat apa. dan tak pernah sekali pun dalam hidup aku terlibat dalam kemalangan,
mmg mengelabah dan tak boleh fikir ape2. tiba2 ada kereta berhenti.
aku ingat yang berhenti tu adalah ahli keluarga atau kawan2 kepada kereta2 yang terlibat dalam kemalangan tu.
dia cakap dia akan tolong dari A-Z, buat report, claim insurance, repair kereta.
aku masa tu tengah panik, aku ye kan aje. pastu dia keluarkan walkie talkie. masa tu tau la yg dia ni callman.
kereta aku kereta baru, tak teruk sangat. kemek sikit kat depan. bila aku nak alihkan kereta aku, budak callman ni tak bagi,
dia kata mungkin ada rosak kat dalam tu, "lebih baik abang tunggu towing sy sampai, dia terus bawak ke bengkel, abang jangan risau.
report semua sy setelkan. duit towing pun abang tak payah bayar, semua claim insurance"
aku pn rasa lega la, ada orang baik hati macam ni nak tolong kasi setel semua.
yela, pertama kali eksiden, orang keliling pandang, dengan stress lagi, kereta kat belakang bersusun jem,
aku pun tak tau ape sepatutnya aku buat lepas eksiden. aku anggukkan aje ape dia cakap.
dia ada bagi aku surat, tlis nama, no tipun, sign.
aku pun sign la letak nama, no tipon.
dia kata tu surat untuk towing. aku cakap ok.
tiba2 cina yang eksiden sekali datang kat aku bisik.
eh, u kereta baru, apa pasal layan sama dia. u call sana dealer u bawak kereta mari.
aku pun langsung terlupa yang dealer aku penah cakap, jika jadi apa2 kat kereta, rosak tepi jalan ke, eksiden ke jangan amik callman, call dia terus, dia setelkan.
aku pun amik la buku warranty, call dealer aku. masa ni nampak budak callman tu dah gelabah skit.
aku pun call la dealer aku, ada provide towing tak, dia kata ada.
aku letak tipon, aku cakap dengan budak callman tu, yang dealer aku ada towing, diorang akan datang sini, so macam mana?
"oh, abang jangan risau, towing kami boleh bawak kat bengkel dealer abang terus, jangan risau"
"tapi nanti duit towing sy bayar atau claim insurance?" aku tanya.
"kalau letak bengkel kami, tak payah bayar pape, tapi kalau letak bengkel dealer abang, kene bayar la duit towing"
aku pun tanya, towing dia dah kat mana, jauh lagi tak. dengan jujur dia cakap towing dia ada kat bawah bukit tu je, lagi 5 minit sampai.
masa tu aku tak pikir apa sangat, ape salah bagi dia duit sikit upah towing.
kurang2 boleh jugak tolong budak melayu ni bisnes. dalam masa yang sama, aku tunggu bapak aku sampai.
sebab kejadian dekat dengan rumah bapak aku. sampai je bapak aku, dia tengok kereta aku, dia start.
aku cakap jangan start. budak towing ni tak bagi.
masa tu jugak la bapak aku ketuk kepala aku setelah sekian lama tak mengetuk kepala aku.
"budak ni dapat komisyen, dia akan pancing kau supaya guna towing dia, kereta ko ni elok je boleh jalan lagi" bapak aku cakap.
aku plak kata, ape salahnya bagi budak melayu ni rezeki sikit.
bapak aku cakap jangan layan, banyak orang macam ni cari makan cara kotor, kita tak kenal,
kalau betul nak tolong, cari kawan2 terdekat yang keje towing. tapi mmg betul cakap bapak aku, kereta aku elok je jalan, takde masalah pape pun.
kemik depan sikit sangat. yang budak callman ni pulak kereta2 lain yang eksiden skali dengan aku dia tak approach.
dia datang kat kereta aku je. mungkin sebab kereta aku baru. lepas tu, bapak aku cakap kat budak callman tu, kitorang pegi sendiri.
budak tu mula2 berkeras jugak, kata towing dia dah nak sampai, (tapi dah 15 minit, tak sampai2 pun, kata bawah tu je).
kami tinggalkan je dia terkapai2 kat situ.
esoknya aku hantar kereta aku kat dealer aku. aku cerita la pasal towing tu.
diorang kata nasib baik towing tak sampai lagi. nasib baik tak angkut kereta lagi.
kalau tak, mmg menangis. kereta ni kereta baru, ada warranty 5 tahun, tukar barang kat bengkel luar,
atau buat apa2 kat bengkel luar, walaupun tukar lampu je, sgala2 warraty yang lain terbatal automatik.
sekiranya kereta aku dah masuk bengkel towing tu, dan aku cakap nak bawak keluar sebab kereta masih under warranty, mmg masak aku kene bayar.
dealer aku cakap, ada kes sampai kene bayar 2k untuk keluar kereta, diorang akan charge towing, charge storage, dan macam2 charge lagi.
nak fight kat mahkamah pun tak boleh sebab kita dah sign.
nasib aku baik bapak aku datang tepat pada masanya.
aku bukan nak burukkan keje2 callman ni.
aku ade member2 kenalan yang tak berapa rapat yang buat keje2 ni, diorang ni bagus2, baik semua,
tu sebab aku ingat takde hal la tolong budak callman ni bagi bisnes sikit.
tapi lepas aku baca2 kat internet dan info dari dealer aku. kecut perut aku jap.
kereta masuk je bengkel towing ni tadi, mmg tak boleh keluar suka2. kompon kene sediakan duit walaupun kereta takde cedera apa2 pun.
ada yang kes aku baca semalam, eksiden sikit je, towing bawak ke bengkel dia, habis semua enjin dia baraikan.
padahal rosak sikit je, sampai nak baraikan enjin. nak siapkan kereta, kene bayar 8ribu. nak bawak keluar bengkel lain, kene bayar 4 ribu.
gila betul bisnes towing ni.
aku harap, kalau korang eksiden dan memerlukan towing, panggil la orang yang korang kenal,
atau kenalan rapat korang. jangan suka2 percaya dengan orang2 yang datang approach korang.
sekian.
UPDATE 14 OCTOBER 2015.
AKU KENE SERANG DENGAN GENG2 TOING.
SERANG ALA2 GENSTER KAMPUNG. STATUS AKU DI SEBUAH GROUP DI PADAMKAN.
CUBA KORANG BAYANGKAN PERANGAI ORANG2 NI, MASING2 NAK TUNJUK GENGSTER, TUNJUK POWER. BUKAN NAK MEMAHAMI MASALAH ORANG2 MACAM AKU.
ADA SORANG CHIP ALA2 KETUA GENG TOWING KATA NAK KUTIP AKU.
GENG2 DIA YANG LAIN GELAK2 KAN AKU. KATA CERITA LAMA DAH BASI.
ADA PULAK TUDUH AKU PADAMKAN KOMEN DIORANG, NAK BUAT PUBLIC NAMPAK AKU NI DELETE KOMEN2. NAK BUAT APE AKU BUANG MASA DELETE KOMEN?
MEREKTA TIDAK MENIDAKKAN PUN APA YANG AKU TULIS. TAPI MEREKA CAKAP CERITA DAH BASI, BERMAKNA PERKARA2 NI MMG SELALU PUN BERLAKU. TUJUAN AKU TULIS SUPAYA NAK BAGI KESEDARAN PADA SEMUA ORANG.
TERURAMANYA GOLONGAN PEREMPUAN.
INI ZAMAN INTERNET, BUKAN ZAMAN GENGSTER KAMPUNG MACAM DIORANG NAK BUAT KEPALA.
ini adalah senarai2 admin group 47000. salah seorang antara mereka telah mendelete status aku di facebook. tak ada alasan di berikan, mereka nampaknya bersekongkol dengan gengster towing.
ini adalah ketua geng towing yang kata nak kutip aku. marahkan aku sebab tulis cerita yang terjadi kat aku. dia dan geng2 dia tidak menafikan kejadian yang aku tuls, malah gelakkan aku sebab cerita dah basi kata mereka. maksudnya disini, masih ramai lagi yang kene macam aku, tapi tak ada tindakan apa2, dan geng2 ni melindungi satu sama lain.
(AKU BLURKAN SEBAB AKU BUKAN TUJUAN NAK MALUKAN ORANG, DIORANG NI TAKDE BUAT SALAH PUN, CUMA AKU NAK DIORANG TAHU, JANGAN BERANI NAK UGUT2 ORANG ZAMAN INTERNET NI SEMUA DETAILS2 DIORANG AKU DAH DAPATKAN)
================================================
maaf..saja nak kongsi cerita dgn tt..
ReplyDeletesaya prnah eksiden bln 7 bru ni otw balik kg nk beraya..lori datg langgar dr depan..saya patah tgn pth rusuk..ms eksiden saya kesakitan dan separuh sedar dan xblh buat apa..kereta agak teruk hancurnya..dipendekkan cerita,saya dimasukkan ke wad.. mlm tu dkt wad, driver lori yg langgar sya tu datang smbil bagi kad towing, dia ckp keta abg ada kt bengkel ni,saya xth menahu kereta saya di towing oleh sape dan atas kebenaran siapa..esokny saya terus mtk bantuan kawan utk ambil gambar setiap sudut kereta yg remuk dan rosak untuk rujukan..
bln 8 bru ni bila kecederaan ni dh beransur sembuh saya call towing nih..saya ckp nk kluarkan kereta tu nk repair tmpt lain sbb bengkel tu bkn panel insuran saya..
bengkel ni tnp byk ckp terus maki hamun saya dlm telepon mcm2 sbb kite xnk buat kt bengkel dia..dia kata dia dh buka apa semua kat kereta tu, tinggal saya serah dokumen untuk claim jer..saya berkeras xmahu sbb panel insuran saya nasihatkan repair dkt bengkel panel supaya apa2 berlaku..insuran blh brtggjwb..dan saya sruh dia stop dari terus menghancurkan keta saya..
perbalahan saya dgn towing cina ni berterusan hingga hujung bln 8 dan saya msih berkeras xnak baiki kedai dia..dia cakap you xmau xpa..gua dah bill kan gua pnya kos..lu kna kasi 4500 klu mau kasik kluar kereta ni..saya terkejut dan semakin panas hati bila d perlakukan oleh cina taik niih..tp saya xblh buat apa sbb hnya brckp dlm telefon memandangkan saya kat kampung dlm proses kesembuhan dari kecederaan..
awal bulan 9 saya gagahkan diri balik ke tmpat saya menetap untuk uruskan kenderaan yang hampir 2 bulan dalam bengkel cina ni..saya pergi seorang diri ke bengkel ni sbb ingt blh setel bila face to face..tp hampa..sahkan nk berunding..nk tgk kereta saya sendiri pun dia xbagi..saya xnmpk kereta saya dlm bengkel tu..saya berkeras xmahu byr sprtimn yg dia mnta..lps tu dia sruh sya balik amik geran n dokumen segala bagai utk submit insuran..saya diamkan diri n terus balik rumah..
kebetulan saya ada kenal sorang abang melayu ni memang kerja dia towing keta rosak/eksiden ni..terus call ajak ngeteh..lps discuss malam tu sambil ngeteh..esok dia setkan time ngn saya nk g gegar bengkel tu..
esoknya pukul 11 pagi sampai bengkel trus member ni terjah kat cina bengkel tu..xtahu diorg bincang apa kt dlm, sya tgu kt luar dgn kawan lagi sorg..dipendekkan cerita..cina tu terus berlembut dan segala urusan jadi mudah semudah ABC..pergi tgk kereta yg dia sembunyikan kt belakang..Alhamdulillah dia xusik apa2 pun lagi sebenarny..saja dia nk ugut..last2 kna bayar juga 250 (duit persatuan penarik kereta kata member tu) + 150 (storage) dan dia setuju utk hantar kereta saya dari bengkel dia ke bengkel panel insuran saya tnpa sebarang caj..Alhamdulillah..xper lah 350 melayang tu kira berbaloi bagi saya nk dibandingkan apa yg dia minta tu..
sbelum balik member smpat pesan..dengan bengkel2 mcm gini abg jgn berlembut..lagi dia pijak dia sembelih kita..nk setel pun jgn gi sorang2..bwk member2 yg blh support dr belakang..
itu lah pengalaman pertama tama kali terlibat dlm kemalangan teruk dan karenah selepas kemalangn..namun syukur pada Allah..dipermudahkan juga segala urusan dan anak2 isteri xder apa2 kecederaan..sekian..
sapit87- callman ni mmg sntiasa ada dok atas jln ke.dlu pernah gak nyaris eksiden moto,tbe2 ada org dgn walkie talkie dia.tgk aku ok dia pon blah.igtkan nk tolong2 ciss..
ReplyDeletekete ayah aku pon sama,adik aku bwk je eksiden,kete tebalik.bile aku smpai je tgk tow truck dh ada.org2 kt skeliling tu advice bwk adik aku g spital cpt2.x smpat nk buat pe2 psl kete tu.tau2 dh tarik g workshop diorg.xde plak panel insuran.claim total lost tp kne baya dlu rm500 utk dokumentasi dgn towtruck.mau xmau baya je la.
ntahla spatutnye ada prosedur yg telus la dgn hal mcm ni,mna bole main suke2 je nk tarik.kalu panel okla
deankl - Macamni la, semua insuran yg kita beli utk kereta provide towing free of charge utk 50Km yg pertama ke mana mana bengkel pilihan kita.
ReplyDeleteSaya sudah dua kali guna khidmat ini, kereta stalled kat tengah jalan. saya guna insuran Etiqa takaful. Jgn tertipu dgn towing. Cuma kereta yg tak der insuran je guna towing services dari perompak perompak ini.
Saya da kenA ap yg patut sya buat
ReplyDeleteSaya da kenA ap yg patut sya buat
ReplyDeleteHaritu saya xcident n towing bawak ke bengkel pilihan kita..masa tu dia ckp towing smua xpyh byr sbb dia akan wat claim dgn pihak insurance..tetapi bila dpt tahu yg kereta saya total loss,dia mintak saya byr pulak duit towing..kenapa ye?perlu ke saya bayar kos towing tu?
ReplyDelete